Friday, February 15, 2013

spagetti time!!

segmen masak-masak wif cikYuyue~

salam ollz,,kembali lagi bersama saya dalammm rncangan Masak-masak! haa,apae kabor sume? harap sume sihat alhamdulillah dan dapat ikuti rncangan cikyuyue ni haa..hehe
hari ni, resepi yg akan kita masak ialah SPAGETTI~ ari ni tetibe je rasa nk masak spagetti,,becoz da lama da teringin nak buat. selama ni asyik duk makan kt kedai n suh "ibu" buat. huhu. now,kita proceed to the recipe..resepi ni amek dari ibu and my mama. so,im just mix it, make it like experiment,,huhu amboiiii yue,ko igt ni sbjek Biochem ke nk buat experiment bagaiii,,hehe

wut we need is,,

bahan-bahan:
~sos Prego (traditional kaler biru)             ~minyak masak of ler kena guna kann
~2ulas bawang putih                                 ~spagetti 
~1 setengah bawang besar
~carrot secukupnya
~hirisan lada
~cili kisar or cili bo 3sudu besar
~tomato secukupnya
~daging kisar/ayam potong dadu

cara-cara:

1) potong dadu bawang putih,bwg besar,carrot dan tomato. lada tu potong mcm biase, to make it as hiasan.
2) tumiskan bawang puith dan bawang besar sampai naik bau.
3) masukkan cili kisar 3sudu besar or kalau nak lebih pun takpa,ia akan rasa pedas cikit lah.
4) after ia mendidih sikit, masukkan daging kisar dan ayam potongan dadu.
5) masukkan air 1-2 cawan.. tuk renihkan daging itu biar masak.
6) masukkan carrot yg telah dipotong dadu. 
7) biarkan ia sehingga mendidih dan kacau perlahan-lahan.
8) masukkan sos prego dan kacau
9) campurkan air dalam tin prego tu and masukkan air tu kedalam periuk tadi. 
10) kemudian, masukkan garam n gula secukupnya.
11) kalau nak cair,masukkan air lagi. kacau dan biar ia sebati
12) biarkan ia mendidih 
13) lastly,masukkan tomato dan cili yg dipotong tadi.
14) dah yakin ianya masak,tutup api dan SIAP!

cara-cara rebus spagetti:

1) masak AIR + MINYAK +GARAM dalam periuk dan biarkan ia mendidih.
2) dan,masukkan spagetti. 

NOTE:
-tuk hari ni, yuyue gunakan spagetti jenama Selva. kalau nak yg lg best,beli yg jenis ala2 mee tu,yg kaler kuning tebal tu
- kita gunakan minyak tuk bagi ia berkilat dan tak melekat antara satu sama lain.
- letak garam sebab tak bagi dia rasa tawar sangat.
-kalau nk lg best, boleh letakkan sos Kimball. orait:)?

okeyp,,itu saja tuk hari ni. enjoy ur lunch and slmat mncuba rsepi simple ni! byeee! salam:)

No comments:

Post a Comment

tinggalkan Nota Cinta anda,,terima kasih daun keladi...